Batuk kahak dan selsema bila terkena pada bayi, ibu mana yang tak susah hati. Memang tak tidur malam la jawabnya. Kerja semua akan tergendala.
Bagi ibu yang bekerja pula, terpaksalah ambil cuti berhari-hari. Mana tidaknya, bayi akan menangis dan merengek sahaja sepanjang masa. Tidur pun tak lena.
Tambah membimbangkan kalau tak segera di rawat. Risau makin melarat pula batuk kahak dan selsema anak tu tanpa rawatan sepatutnya.
Ibu-ibu kena tahu yang anak berusia bawah umur 2 tahun secara umumnya tak ada ubat batuk dan selsema yang sesuai untuk mereka, terutamanya batuk kahak.
JADI APA IBU PERLU BUAT BAGI LEGAKAN BATUK KAHAK & SELSEMA ANAK IALAH:
1.Bayi bawah umur 3 bulan, kalau demam ke batuk ke selsema ke, tak kiralah simptom mana pun, ibu WAJIB BAWA JUMPA DOKTOR SEGERA. Jangan biar bayi kat rumah.
2.Bersihkan hingus bayi yang tersumbat dengan cara baringkan bayi, tinggikan sikit kepalanya. Picitkan 1-2 titik normal saline ke dalam lubang hidung bayi.
3.Pastikan bayi masih menyusu seperti biasa. Hidung tersumbat dan batuk kahak memang buat bayi tak selesa nak minum susu. Jika bayi menolak, segera bawa jumpa doktor.
4.Bayi memang tak boleh keluarkan kahak sendiri. Otot mereka belum cukup kuat. Jadi, ibu boleh gunakan wap air untuk kurangkan hidung tersumbat dan cairkan kahak.
5. Nak lagi mudah, baringkan bayi dengan badan terlingkup ke bawah. Tepuk-tepukkan belakang bayi dengan tapak tangan yang berbentuk berkaup. Jangan risau kalau bayi telan kahak, kerana itu normal.
6. Basuh tangan dengan kerap. Nak pegang bayi, basuh tangan. Lepas pegang bayi, pun basuh tangan lagi sekali.
7. Kalau bayi demam, boleh bagi ubat paracetamol jenis sirap untuk kurangkan demam mereka.
Orang kata, mencegah lebih baik dari merawat. Jadi, apa yang boleh ibu-ibu lakukan untuk mencegah si comel ibu dari di jangkiti batuk berkahak ni antaranya ialah:
1.Jika bayi sakit, pastikan mereka minum dengan banyak. Kerapkan beri bayi minum dengan susu ibu.
2.Segera dapatkan rawatan jika bayi mula selsema dan batuk.
3.Elakkan bayi berada di persekitaran yang berhabuk dan berasap.
4.Pastikan persekitaran bersih dan sesuai dengan bayi.
5. Pastikan pemakaian bayi sesuai dengan persekitaran. Jika persekitaran sejuk, pakaikan pakaian yang sedikit tebal pada bayi ibu.
6. Jauhkan bayi daripada haiwan peliharaan yang berbulu. Alahan pada bulu haiwan juga merupakan faktor yang menyebabkan batuk berkahak dan selsema.
Baca pula tentang produk yang sesuai untuk atasi masalah bayi batuk berkahak, demam dan selsema dengan minyak bawang putih dan ekstrak daun gelenggang.