Susu ibu ialah makanan terbaik buat si manja, sebab ianya mengandungi semua nutrisi lengkap yang di perlukan oleh bayi.
Susu ibu bukan sahaja bagus untuk pembesaran yang baik, malah juga untuk daya ketahanan badan bayi.
Tambah pula, lebih jimat jika dapat susukan bayi anda dengan susu ibu atas faktor harga susu formula yang agak tinggi di pasaran.
Jadi, apa cara yang ibu boleh lakukan untuk meriahkan susu ibu ialah:
1. Minum 2-3 Liter Air Setiap Hari
Bila menyusukan anak, kebiasaannya ibu akan cepat haus.
Jadi, ibu perlu minum 2-3 liter air setiap hari untuk terus menggalakkan penghasilan susu.
Tak semestinya minum air kosong. Ibu boleh pelbagaikan dengan minuman lain seperti jus buah, susu ataupun sup.
Tapi, jangan pula ambil minuman yang tidak sihat seperti minuman berkarbonat, berkafein, berais atau yang ada kandungan gula tinggi.
Minum air yang banyak dan mencukupi juga berfungsi sebagai detoks, boleh lah bantu ibu kembali langsing.
2. Kekal Tenang Dan Tidak Stress
Saya faham, selepas bersalin ibu akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian.
Mana nak pulihkan kesihatan diri, nak uruskan bayi lagi dan ada juga yang dah mula buat kerja rumah.
Tapi, sebaiknya ibu cuba dapatkan sokongan dan bantuan daripada pasangan, saudara mara atau pembantu.
Terima bantuan mereka seadanya dan usah terlalu fikirkan kesempurnaan.
Kekal tenang kerana stress adalah salah satu punca susu ibu berkurang. Ingat, minda mempengaruhi badan kita.
3. Sentiasa Berfikiran Positif
Rehatkan minda, dan relaks.
Kenapa? Supaya hormon lebih stabil.
Selain itu, fikiran positif juga perlu untuk mendapatkan mood dan kesihatan yang baik.
Barulah, tubuh ibu boleh menghasilkan susu badan yang bukan sahaja banyak malah berkualiti, pekat.
4. Dapatkan Rehat Yang Secukupnya
Jika ibu penat dan letih, pengaliran susu akan semakin berkurang.
Ini kerana penghasilan hormon yang di sebut oksitoksin akan terencat.
Sekaligus, penghasilan susu ibu akan terbantut.
5. Makan Vitamin Asid Folik
Kekurangan vitamin B9 tidak hanya mempengaruhi jumlah penghasilan susu ibu, tapi juga kualiti susu yang terhasil.
Susu ibu menjadi kurang berkhasiat dan sekaligus mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan bayi.
6. Amalkan Moms Booster
Nak lebih mudah, ibu amalkan jer minum Moms Booster. Ia menggunakan teknologi phyto-ekstrak, menjadikannya lebih cepat di serap oleh badan ibu untuk menggalakkan penghasilan susu.
Boleh baca tentang Moms Booster yang di buat dari 14 jenis makanan sunnah ni, organik. Siap ada kelulusan SIRIM lagi. Pertama di Malaysia.